Oleh : hafizquran
Saya
kurang pasti kiranya ini boleh dikatakan sebagai motivasi. Namun ramai
yang memberi emel dengan maksud yang lebih kurang sama. Selain untuk
bertanya kaedah dan petua, perkara wajib yang diminta adalah tasyji’ dan
motivasi buat meneruskan perjuangan sebagai huffaz. Itulah realiti.
Seorang huffaz tanpa motivasi akan menjadi lembah yang tiada air.
1.
Betulkanlah niat. Andai sudah betul, jagalah niat itu. Jaga dan terus
jaga. Hati manusia boleh berbolak balik dalam dua detik sahaja.
2.
Jagalah adab. Adab dengan semua. Al-Quran terutamanya. Junjung dan
tatang secara luaran dan dalaman. Adab dengan guru @ murabbi. Adab
dengan Ibu dan ayah sendiri. Ambil berat persoalan adab. Jaga dan terus
jaga.
3.
Perhatikan masa dan usaha. Semua orang mempunyai 24 jam tapi tak semua
orang ‘memiliki’ 24 jam. Tingkatkan usaha. Istiqamah dengan usaha ana
sendiri.
4.
Pelajari kaedah. Banyak tempat untuk dirujuk dan bertanya. Tanya pada
yang alim , pada yang sudah berpengalaman. Terima dan praktikkan dengan
penuh iltizam.
5 . Jangan hangat2 tahi ayam. Jangan sekerat jalan. Kembali kepada persoalan niat. Tekad seteguh2nya.
6.
Jauhi maksiat zahir dan batin . Maksiat kecil sehinggalah maksiat besar.
Duduk berseorangan pun boleh berlaku maksiat, apatah lagi ditengah
kekalutan orang dan budaya. Perhatikan makna taqwa yang diumpamakan oleh
seorang sahabat r.a : ” Laksana kamu berjalan di atas jalanan yang
penuh dengan onak dan duri…”
7.
Pegang Al-Quran sentiasa. Kucup dan junjung. Bawa dalam keadaan suci dan
berwudhu’. Sayangi Al-Quran secara jujur tanpa sedikitpun unsur
hipokrit. Sayangi yang zahir ( mushaf ) dan sayangi yang batin ( hafazan
dan amalan ).
8.
Syaitan akan ‘mendampingi’ anda sentiasa. Nafsu akan mengikut anda ke
mana2. Suatu ketika anda mungkin akan di’peras ugut’ oleh keduanya. Iman
seorang penghafaz Al-Quran juga adakala menaik dan merudum. Diibaratkan
; kalau baik , lebih baik dari Malaikat. Kalau jahat, lebih jahat dari
Iblis. Itulah huffaz.
9. Maka
selalulah bermohon kepada Allah. Minta dengan Allah. Jangan tinggal
solat hajat. Permintaan supaya dipermudahkan hafazan dan di’benar’kan
khatam hafazan Al-Quran jangan ditinggalkan. Itu antara doa wajib bagi
anda sampai anda mati.
10.
Jangan tinggal hubungan hati dengan Allah walaupun sedetik. Sedetik itu
sangat bermanfaat bagi Syaitan untuk mengambil ruang dan kesempatan.
Seorang murid pernah dihantar oleh gurunya untuk berdakwah di suatu
tempat ( kisah sahabat r.a ) :
Guru
bertanya : bagaimana kiranya dalam perjuanganmu kamu akan diganggu oleh
nafsu dan syaitan yang akan menerkam bila2 masa sahaja? Murid menjawab :
aku akan menghalaunya . aku akan sentiasa menghalaunya. Murid memahami
bahawa syaitan dan nafsu adalah ujian wajib. Guru bertanya lagi :
bagaimana kalau keduanya terus mengganggumu? Murid menjawab : aku akan
terus melawan dan menghalaunya. Guru bertanya lagi : justeru sampai
bila? Murid gagal memahami , lalu dinasihatkan oleh gurunya : Jika kamu
diganggu oleh binatang buas yang akan menerkammu, beritahulah kepada
tuan kepada binatang tersebut supaya tuannya boleh menghalau binatang
tersebut dari terus mengganggumu. Tuan kepada kedua musuh kita hanyalah
Allah. Jangan sesekali tinggalkan doa dan pergantungan kepadaNya.
Apa yang perlu diketahui dan diingati oleh seorang huffaz?
1.
Al-Quran yang dihafaz adalah amanah. Anda sendiri yang ‘mencari pasal’
untuk mengambil amanah tersebut. Bagaimanapun, anda ‘mencari pasal’ yang
baik. Jadi janganlah suatu masa nanti anda bukan sahaja melupakan
hafazan anda , bahkan tidak mahu mengaku anda seorang huffaz!
2. Bila
anda faham bahawa anda yang ‘mencari pasal’ , jadi anda kena SMI (
Sendiri Mau Ingat ) tentang hafazan anda. Ana sangat suka kepada mereka2
yang bertanya dan nampak bersungguh2 bila diutarakan topik hafazan
Al-Quran.
Tapi
ana sungguh2 menyampah dan kecewa bila sesetengah penghafaz Al-Quran
lebih bersemangat bila menyentuh topik siasah, jamaah, program dan
perkara2 lain. Bila sentuh bab Quran, diam dan ubah topik. Tidak
berminat.
Bila
malas iadah, beri alasan ‘tak masyi’. Macam mana nak masyi kalau malas
iadah? Sama juga dengan macam mana nak kenyang kalau tak telan nasi.
Mengejar perkara lain tidak salah apatah lagi soal yang lebih utama,
tetapi hafazan Al-Quran telah anda kendong terlebih dahulu. Jadi berilah
perhatian sewajarnya.
3. Dalam proses anda hafaz Al-Quran, anda akan diuji.
4. Anda akan semakin diuji..
5. Anda akan terus diuji..
6. Dan anda akan semakin kuat diuji..
7.
Ujian yang datang kepada anda ada tahapnya. Syaitan yang berdiri di
hadapan anda diibaratkan berpangkat Jeneral , bukan prebet. Semakin anda
lawan , semakin anda rajin , semakin anda masyi, semakin anda
istiqamah, Maka semakin tinggilah bintang di bahu Syaitan yang dihantar
kepada anda.
8. Anda
akan rebah. Ada ketikanya anda akan diuji teruk . Samada kematian ,
masalah hati , wanita, duit ataupun pangkat dan kedudukan. Anda mungkin
tumpas dengan salah satu , yang boleh memberi kesan besar kepada tahap
motivasi dan tekad anda untuk meneruskan hafazan. Seorang sahabat ana di
madrasah dahulu, kecundang waktu dah berada di juzuk 23. Alangkah
sayang..
9.
Kalau anda jatuh, anda rebah , jangan menangis. Jangan ‘laknat’ diri
anda kerana anda rebah. Adakala memang anda perlu rebah supaya anda tahu
apakah itu ‘sakit’. Jangan sedih andai tika anda ‘rebah’ tiada yang
membantu, apatah lagi ‘merawat’. Anda kan punya Al-Quran. Peluklah
Al-Quran . Hayatilah dengan lantunan suara anda sendiri. Bagi ana,
itulah teman yang paling setia..
10. Anda bukan penghafaz Al-Quran sejati kalau anda tidak pernah menangis kerana Al-Quran ( hafazan ) anda.
11.
Anda perlu ingat formula ini sampai bila2. Ingat dan faham betul2.
Dalam menghafaz Al-Quran anda cuma ada dua keadaan yang diberikan oleh
Allah. Diulangi : diberikan oleh Allah.
Pertama anda berada dalam keadaan senang hafaz dan mudah ingat. Kedua ,
anda berada dalam keadaan sebaliknya iaitu susah hafaz dan sukar ingat.
Apa yang perlu anda faham dan tanam dalam hati? Ini penting. Fahami bahawa sebenarnya kedua2nya adalah UJIAN.
Pesan Ustaz Badlishah Johan ( my murabbi ) yang tak pernah saya lupa
adalah tentang ini. Orang yang senang hafaz mudah ingat , Allah nak
tengok adakah dia akan bersyukur dan melazimi Al Quran . Manakala yang
susah ingat Allah nak tengok samada dia benar2 ikhlas, akan terus
berusaha dan istiqamah atau tidak. Atau mungkin berputus asa. Kalau yang
mudah ingat pula, mungkin akan banyak lepak, banyak borak.
12.
Justeru, JANGAN menangis dan menyalahkan diri anda andainya anda tidak
ingat Al-Quran. TETAPI sila menangis dan salahkan diri anda kiranya anda
malas , tiada istiqamah dan tidak konsisten dengan hafazan anda . Pesan
Allah ta’ala dalam surah Al-Qiyamah : ” Sesungguhnya Kami lah yang
menghimpunkan Al-Quran itu dalam dada2 manusia..”
13.
Terakhir, sentiasa ingat bahawa Al-Quran akan memberi syafaat kepada
kita dan memberi kemuliaan kepada kedua ibubapa kita pada hari Qiamah.
TETAPI Al-Quran juga boleh menjadi hujjah ke atas kita pada masa
tersebut. Inilah peringatan paling ‘keras’ buat kita semua para huffaz
Al-Quran ( terutama ana ).
” Allahummaj’alhu Hujjatal lana Wala Taj’alhu Hujjatan ‘Alaina Ya Rabbal ‘Alamin..”
Salam Maju Jaya Untuk Anda.
Wallahua’lam.
pemilik karya asal: myilham.com
No comments:
Post a Comment