1) Berasa was-was ketika melakukan
takbiratulihram.
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah. Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.
Ibnu Qayyim (rahmatullahi ‘alaih) berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.
Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil
‘Ash (radhiallahu 'anhu) datang kepada Rasulullah (sallallahu ‘alahi wassalam)
dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan
membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut
dengan khinzib. “Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah kekiri tiga kali
dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT
gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).
3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan.
3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan.
Abu Hurairah (radhiallahu 'anhu)
berkata, “Sesungguhnya Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wassalam) bersabda yang
bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya
untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila
seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud
sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan
salam.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu Hurairah (radhiallahu ‘anhu)
berkata, “Rasulullah (sallallahu ‘alahi wassalam) bersabda yang bermaksud:
“Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya
terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan. Apabila muazin selesai
azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila
selesai iqamat, dia kembali lagi.
Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).
5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat.

Ibnu Qayyim (rahmatullahi ‘alaih)
berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana
tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk
berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tidak
ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan
tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana
solat yang ia kerjakan belum sah.
Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.
Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud(thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (HadisRiwayat Bukhari dan Muslim).
6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang
bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal
itu, Ibnu Umar (radhiallahu ‘anhu) segera menegurnya selepas solat.
“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah (sallallahu ‘alahi wassalam),” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).
7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat.

Sedar atau tidak, jika seseorang
itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda.
Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu
tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak dicuri syaitan.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah (radhiallahu ‘anha) beliau berkata,
“Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah
menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat
Bukhari).
8) Menguap dan mengantuk.
8) Menguap dan mengantuk.
Rasulullah (sallallahu ‘alahi
wassalam) bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan.
Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah (sallallahu ‘alahi wassalam) bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
9) Bersin berulang kali ketika solat.

Syaitan ingin mengganggu
kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud
(radhiallahu ‘anhu), “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.”
(Riwayat Thabrani). Ibnu Mas’ud (radhiallahu ‘anhu) berkata, “Bersin yang tidak
disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat
itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin
mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”
10) Terasa ingin buang angin atau buang air.
10) Terasa ingin buang angin atau buang air.
Rasulullah (sallallahu ‘alahi
wassalam) bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah
keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari
masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya”
(Hadis Riwayat Muslim).
Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada
pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua
dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.
Very informative and impressive post you have written, this is quite interesting and i have went through it completely, an upgraded information is shared, keep sharing such valuable information. Urine pain
ReplyDelete