Apabila
awak sujud, maka beritahulah Dia akan rahsia-rahsiamu, tetapi jangan biarkan
dia yang di sebelahmu sekalipun mendegarmu.
Bisiklah kepadaNya dengan air matamu kerana sesungguhnya Dialah Pemilik
hatimu.
Apabila
hari yang baru tiba, maka katalah,“Selamat
datang, wahai tetamu mulia,” dan kemudian,
muliakanlah layanannya melalui penunaian satu solat fardhu, perlaksanaan satu
sunnah, pembacaan sedikit Quran dan pembaharuan taubat.
Dan,
di samping semua ini, senyumlah! Kerana
adanya Dia yang mengambil berat akanmu, membantumu, mendengar kata-katamu dan
melihatmu. Dialah Allah.
Tidaklah Dia membuatmu menangis melainkan untuk membuatmu ketawa; dan tidaklah Dia mengambil daripadamu melainkan untuk memberi kepadamu; dan tidaklah Dia menahan sesuatu daripadamu melainkan untuk kebaikanmu; dan tidaklah Dia mengujimu melainkan kerana kasihNya kepadamu.
Tiada Tuhan melainkan Allah!

(Mesej sms yang diedar).
No comments:
Post a Comment